Jumaat, 2 Oktober 2009

SAYUNYER HATI INI.....

Assalamualaikum,

Hati akak sayu dan hiba semenjak semalam lagi.... Semuanya gara-gara apa yang dirancang tak menjadik kenyataan. Hari ini ada acara akujanji dan solat hajat sempena SPM yang bakal menjelma tak lama lagi di sekolah anak dara akak yang sorang tu.... akak dah plan awal-awal lagi dah nak kuar pejabat petang ni n bertolak ke Segamat selepas solat Jumaat. Akak siap dah call atok bebudak, mintak tolong jaga 3 ketol Hakim di rumah. Everything is well plan ler bak kata orang puteh...
tup..tup..tup.. malam tadi sewaktu teman cik abang makan malam... dia kata ari ni dia kena g Singapore! Bengang betoll akak dibuatnyer... masa tu terpacol kata-kata "anak lagi penting ke dari benda lain..." yang akak sebak tu... tahun ni tahun penting buat anak dara akak tu... apa perasaan dia kalau mak ayah dia tak datang sempena majlis tersebot.. dia mungkin tak cakap apa-apa... tapi hati kecik dia saper yang tahu... Akak kenal sesangat perangai dia...
Akak mintak cik abang postpone tapi dia kata tak boleh sebab dah janji nak pergi dan ianya melibatkan urusan kerja. Akak memang betol-betol bengang masa tu... apa lagik! tarik moncong sedepa ler... hakim 3 ketol ler jadik mangsa... pantang dia orang silap sket memang kena BOM!... kecian gak kat dia orang tapi itu memang stail akak melepas perasaan yang terbuku... nak lepaskan BOM kat cik abang tu... tak mungkin ler... nanti perang dunia ke-3 ler plak....
Menyedari yang akak istihar perang dingin, cik abang cuba cari jalan penyelesaian. Dia kata dia akan cuba balik secepat yang mungkin dan bergegas ke Segamat memandangkan acara solat hajat akan berlangsung selepas solat maghrib. Akak tak yakin dia sempat balik sebelum pukul 3 petang memandangakn tempat yang dia nak pergi pon dia tak tahu hala tujunyer... bayangkan pukul 9:30 baru nak masok Singapore... pastu nak cari tempat lagik... Singapore tu bukannyer JB!.. geram betol akak.... apa lagi akak pon menjawab "dah! takyah nak susah-susah... esok naik bas jek sensorang!" takder sebarang response pon dari cik abang and akak buat conclusion yang dia bersetuju dengan idea akak. So sepanjang malam tu, selepas ketiga-tiga Hakim tidor, akak bawak diri berbaring di ruang tamu... melayan hati yang geram bercampur sayu... sambil berbaring akak tertanya-tanya pada diri akak sendirik..."Boleh ker aku pergi sensorang esok? Akak tak pernah berjalan sendiri... naik bas lagik! selalunya mesti berteman. Tiket nak ke Segamat mungkin ada tapi camner ngan tiket nak balik JB? Majlis entah kol berapa akan selesai... nak tido mana aku mlm nanti? Tidor kat bas stand ler kot..." Berbagai persoalan menerpa ke benak akak ni. Tapi akak nekad yang akak mesti pergi walau apa pon terjadik.. akak nekad... hati akak bulat! tiada apa yang mampu menghalang niat akak demi anak dara akak yang sorang tu....  dia masih ada ibu ayah... dia bukannya anak yatim piatu yang tak berayah dan beribu... Akak siang malam berdoa agar dia berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan apalah sangat perjlanan dari JB ke Segamat tu nak dibandingkan peperiksaan penting yang bakal dia tempoh! Akak mesti tunjukkan sokongan akak padanya... akak nak dia berjaya... so akak mesti pergi dan besolat hajat beramai-ramai memohon kejayaan SPM yang bakal ditempoh tak lama lagi. Sebak sungguh akak namun air mata masih mampu akak tahan...
Awal pagi tadi akak dah bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja. Pagi ni ada jamuan Hari Raya peringkat Universiti. Akak masih lagi melancarkan perang dingin. Akak kemas segala barangan yang perlu dibawa..  lipat telekong masukkan dalam beg yang sama ngan barang keperluan lain. Akak bawak satu beg jek. Dalam kereta cik abang meminta akak menunggunya sehingga balik dari Singapore untuk pergi bersama-sama tapi aku tetap yakin yang dia takkan sempat pergi... sebak di dada akak tahan di sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Rasa nak meletop dada menahan rasa... sesak nafas dibuatnyer..Sampai di tempat kerja akak mintak duit untuk buat tambang bas dan salam tanpa tengok pon muka cik abang dan bergegas kuar dari keter sebab takot dia nampak air mata yang semakin bergenang kat pelopok mata akak ini...
Sepanjang pagi ini akak bermain dengan perasaan... bercampur baur perasaan... bergelodak jiwa... Allah sajer yang tahu...
Well!... sekiranya terjadik ler apa-apa kat akak nanti... tau ler korang nak carik akak kat maner yek... susurler ajek di sepanjang jalan nak ke Segamat tu ... doakan ler agar akak selamat pergi n selamat kembali...